Tuesday, 15 March 2011

Love is SWEET...=)

L.O.V.E
Pada korang apa maksud perkataan nie?Kita leh tafsirkan sebgai macam2 kan..kalau dlm bahasa Melayu,LOVE tue kita leh terjemahkan sebagai kasih sayang,cinta,suka,sayang dan macam2 lagila.Korang pun ada kan kamus BI-BM kan.Cikgu korang suruh belikan.Sama macam aku kan..

Walau apa pun yang korang tafsirkan, tapi kat cni aku nak ceritakan CINTA pada yang satu. Cinta pada Pencipta kita. Kita selalu lupa kan pada Dia yang ciptakan kita. Cinta kita sesama manusia lebeh tinggi dari cinta kita pada Pencipta kita. Percaya tak? Cinta manusia xkekal.Percayala pada cakap aku nie. Sedangkan mak pun boleh buang anak, suami isteri boleh bercerai, abang boleh bunuh adik, semua tue cinta manusia,kasih sayang manusia. Tapi kalau kita cintakan Allah sepenuh hati kita,yakin dengan Dia, macam2 dia boleh bagi kat kita. Dia xdpt bagi kat dunia, dia akan bagi kat akhirat sana. Memang xrugi cintakan Dia.

Kadang2 bila kita minta sesuatu dengan Dia, dan bila Dia xbagi,mulala kita nak marah2 kan. Tapi kita silap sebenarnya (dan aku pun kadang2 terlupa). Kadang2 apa yang kita minta tue bukanla yang terbaik untuk kita. Then, Dia bagila yang lain. Sekali kita marah, salahkan nasib badan yang malang. Tapi, hikmah disebalik yang kita xdpt tue Subhanallah, Maha Besar. Sedar atau tidak, satu hari nanti kita akan toleh belakang dan kata, 'aah kan..nasib baik aku xdpt mcm2'. Ha..masa tue bersyukur yang teramat. Sujud syukurla kalian. Tapi mmgla xdpt nak dinafikan, bila namanya manusia, kita mudah alpa, mudah terikut, nak2 yg imannya senipis kulit bawang nie kan. Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan, kita kena belajar menerima ketentuan Allah. Betul kita xtau yang mana satu yang terbaik untuk diri kita, tapi Dia kan tau, jadi kita mintala pada Dia, minta petunjuk pada Dia supaya Dia kurniakan yang terbaik buat kita. Bila dia bagi satu ujian, jangan mudah kalah, terima dengan hati terbuka, sabar dan berdoa semoga dipermudahkan urusan kita, InsyaAllah, dihujung jalan orang yang sabar tue, ada sinar yang sangat terang.

Aku penah tanya Abah aku, kalau kita mengharapkan sesuatu, pastue kita xdpt boleh tak kalau kita nak bersedih. Adakah itu dikira sebagai tak mensyukuri? Abah aku kata tak. Lumrah manusia dia akan sedih, beremosi sbb tak dpt apa yang kita nak. Tapi sekadar itu sahajala. Sedih sekejap dan kemudian bangkit blk untuk teruskan kehidupan. Terima ketentuan dan yakin inilah jalan yang Allah nak kita lalui, bukan jalan yang satu lagi tue. Bukan sebaliknya, setiap hari meratap, bersedey siap pergi jumpa bomoh nak mandi bunga, buang bala..hehe..klaka..setahu aku mandi bunga tue nak rilexkan badan adala.Ala mcm Spa Q tue..Sedey xsalah, tapi janji kita tau limitnya.

Panjang lebar lak aku melalut kan. Jumaat lepas kita digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Siap ada letupan reaktor nuklear lagi. Subhanallah. Mari kita doa semoga Allah jauhkan kita dari malapetaka yang dahsyat. Dan al-Fatihah kepada saudara seislam kita yang mungkin terkorban. Aku ada ramai gak rakan2 kat Jepun tue, setakat nie aku dapat tau yg dorng masih lagi dalam keadaan selamat tapi masih membimbangkan sbb masih terdapat gegaran susulan. Pada rakyat Malaysia kat Jepun, aku harap kerajaan Malaysia akan berbuat sesuatu agar kalian boleh pulang ke Malaysia. Takut gak kalau kalian terdedah dgn radiasi. Nauzubillah..

Pada kita yang kat Malaysia nie, kalau leh bantu, jomla kita hulurkan bantuan pada mereka. Krisis yang melanda dorg adalah antara yang terburuk yang penah berlaku kat Jepun. Dan radiasi nie boleh bergerak yea. Jangan korang ingat korang xde kat Jepun korang tak terdedah kepada bahaya radiasi. Ha...radiasi boleh bergerak mengikut arah tiupan angin, cuma teruk ngan xteruk jek yang bezakan. Jadi, jangan nak bersuka ria plak sbb kita xkena. Jadi,sama2la kita doa semoga dijauhkan dari bahaya ini. Aminn...

No comments:

Post a Comment