Monday, 27 December 2010

Sambung Blaja...

Selepas hampir sethn aku ke hulu ke hilir dengan satu tujuan yang aku rasa sgt murni..akhirnya aku dapat surat yang mengatakan aku berjaya sambung belajar ke preingkat Ph.D dan ditaja sepenuhnya oleh KPT.Syukur Alhamdulillah..Usaha aku selama nie xsia2la nampaknya.Tapi ranjau dan duri yang terpaksa aku hadapi sgtla byk,it's almost a wonder how i made it..hehe..

Secara rasminya esok (29hb Dec 2010) bermula hidup aku sbg pelajar semula.Aku berazam dan bertekad akan aku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.Aku xsbr nak balik jumpa  mak ngan abah aku.Berita gembira nie aku just kongsikan dgn panggilan telefon jek,aku lum lg tgk muka 'live' dorg tp aku yakin,dorg sgt gembira.

Jadi,dikesempatan nie aku nak ucapkan terima kasih yang xterhingga pada mak abah,adik beradik aku,mak sedara aku dan keluarga dia,kwn2,dan rakan sekerja aku yang sokong atau kritik aku selama aku terkial2 nak dapatkan tmpt dan peluang untuk sambung belajar nie. Doakanla kejayaan aku.Dan doakan juga aku xlupa diri bila aku dah berjaya.Aku nak blk dan berbakti kepada umat Islam.InsyaAllah.

Aku tau ada yg xsenang dgn peluang yg aku dpt,dan aku minta maaf kalau aku menyinggung mana-mana pihak,tp tolongla percya kepada rezeki.Dunia ini adil,hari nie hari kita,esok hari org plak.Apa salahnya,kegembiraan org hari nie kita kingsi.Entah2 esok2 kegembiraan kita plak ada yg nak kongsi bersama.Btol tk?

Anyway..kepada yang seangkatan dgn aku,xkira korg smbg kt mana..SELAMAT BERJAYA kay..=)

Monday, 29 November 2010

Wedding Bell Ringing Everywhere....

 Tingin aku nk pkai cmnie....


Bulan November dan Disember a.k.a cuti sekolah memangla byk jemputan kenduri. Dari kenduri kawen sampaila kenduri sunat sumanya nak wat time cuti sekolah.Aku,dapat tersgtla byk kad jemputan kawen..Rata2 membe sekolah dan membe universiti sbb suma dah capai umur yang mmg kalau xkawen org dah mula nk mengata..

Aku anak second,akak dan adik bwh aku lak dah kawen.Mmgla jadi bahan sedara mara aku bila blk kampung.Suma asik tanya aku bila nak kawen.Yang lebih dahsyat,sampai senaraikan calon untuk aku kalau2 aku nie xde calon lg..haish..aku dah jadi takut nk blk kampung skang nie..Dulu,time aku masih blaja,bolehla aku bg alasan,"saya budak baru belajar,xleh kawen lg,mak marah.."Skang nie,alasan 2 dah xleh pkai lg dah sbb aku dah kerja.Mmg aku nk sambg blaja,tp belambak jek org sambung Postgrad yg dah bwk anak berderet..Jdnya,aku kekeringan alasan untuk diberikan bila org tanya aku bila nak kawen..Last2,aku amik pendekatan,senyum dan layankan jek apa yg org ckp..'No komen' silent mode aku panggil...

Mujurnya, mak ngan bapak aku steady jek...xtanya2 sangat anak dorg yang sorg nie.Dah ada calon ke belum pun dorg xpenah tanya.Siap warningkan aku yg dorg xkan crikan calon untuk aku."Angah yang nak kawen,Angah cari sendrik",mak aku punya ayat..cantik jek...

Tipula kalau aku ckp aku xnk kawen..Rugi ooo kalau xkawen.Just aku ada benda nk wat dlu sebelum kawen.Aku nak settlekan beberapa benda yang aku rasa perlu disettlekan sebelum aku jd isteri org..Skang nie benda tue tinggal xsampai 40% untuk selesai.Aku rasa dalam 2,3 thn lg,aku kawenla.InsyaAllah...Sila doakan saya ye..

Ujung mggu hari tue,aku g KL,umah adik aku.Adik aku nie dah dkt 4thn gak kawen.Dia langkah bendul,aku dan akak aku masa dia kawen thn 2006 hari tue..skang nie dah ada anak 2.Jeles gak aku kdg2 tgk dia.Umur muda sethnn jek dr aku,Umah dah ada,keta pun dah ada,anak pun dah ada..Sorang laki,sorg pompuan..Aku nie,baru terkial2 nk mulakan idup..*sigh..Tp aku pasti,ada hikmah disebaliknya..(chewah!!sgt positive kamu,sy suka)

Jadi kepada kwn2 dan sedara-mara yang menjemput aku ke walimah korg..terima kasih byk2 dan aku doakan korg bahagia dunia dan akhirat serta beroleh keberkatan dariNya,dan kalau aku xleh hadir ke walimah korg,maafkanla aku..Byk sgt ha..sehari smpai 3,kalau dkt xpela jugak,ini..alahai,utara selatan..mcm mana aku nk pg kn..

All in all..TAHNIAH SEMUA!!!

Tuesday, 9 November 2010

Tumpang..Menumpang..Ditumpang

Korang penah idup menumpang orang tak?Kalau setakat sehari dua tue,aku xrasa akan menimbulkan permasalahanla kan..kalau dalam Islam pun,tetamu dirai selama 3 hari,kalau lebih dari 3 hari,kita dibolehkan minta bayaran dari tetamu berkenaan.Betul tak?Apa?xtau?Tanya Ustazah/Ustaz korangla..Xpn g sambung ngaji balik..

Okay,berbalik pada soalan tadi.Jawapan aku,aku penah.Sethn lebey aku duduk ngan org.Tapi,bukan org lain pn,sedara aku gak.Dan bkn sedara jauh,sedara yg rapatla.Banyakla yg aku blaja bila duduk ngan orang nie.Susah sebenarnya nak jaga hati suma org kan.Tapi yg plg penting,kita kena bertolak ansurla.Kalau kita duduk ngan kwn2 kita masih bleh berlebey kurang sebab,nama pun membe kan.Tp bila stay ngan sedara nie,kita kena lebey berhati-hati,baik dari segi perbuatan mahupun perkataan.Macam yg org kata,pijak semut pn xmati.Ha..tp masalahnya,sapa plak nak jaga hati kita?

Aku sgt berterima kasih pada sedara aku sbb dia sanggup jaga aku sepanjang aku stay dgn dia.Walaupun adakalanya aku terasa atau sgt sakit hati sampai tahap xleh handle,tp aku syukurla sekurang-kurangnya aku xyah nk merempat kt negeri org kn..Masa aku start kerja,aku xpikir kt mana ank nk stay sbb dia ada.Tapi dia pun ada family,xkn aku nk kacau daun untuk seumur hidup dia kan?Half of her life is wasted by being with me?Boleh ke mcm 2?Mestila tak kn..Terima Kasih byk2.Beside,dia ajar aku byk benda mengenai life.Im very thankful to her.Really do.Dan sudah pastinya aku pun ada wat hal yg menyakitkan hati dia.Jadi aku jugak nk minta maaf kt dia.Kadang2 mulut aku nie xde insuran gak,men aci fire sesedap rasa jek.Hehe..

Based on pengalaman aku,aku xnak dh kalau boleh tumpang org.Kalau setakat sehari dua,aku rasa boleh lg la..Tapi kalau dah tahap setahn dua tue,aku kena pk blkla..=)

Ha..cmna lak rasanya kalau aku tumpangkan org?Hmm..mgkn perkara yg sama kot.Cuma skang the act is reversed..kn?

Sunday, 31 October 2010

Kerja Selepas Bergraduan (Chewah!!)

Masa masih belajar kt Universiti dulu,memang tabiat akula,berangan-angan nak jadi Engineer. Sama mcm yang slalu tengok dalam slot drama Samarinda kat TV3 tue. Bawak kereta besar,pakai topi putih pegi site.Pergh..memang gempakla..Bila sampai site jek,menonong orang datang sambut kita (macam YB turun padang melawat kawasan). Tapi once dah grad,bila minta kerja semua kriteria dalam iklan permohonan 'Pengalaman: Min 3tahun bekerja/5tahun bla..bla..Jadi,macam mana dengan kami yang baru nak cari pengalaman nie?Adoyai...

Last2..menganggur jela..duduk rumah,makan,tido,makan,tido..Last2 kena bebel dengan mak saudara aku. Diam-diam dia hantar CV/Resume aku kat HR tempat kerja dia. Dia kata kalau untung batu timbul kalau untung aku,tenggelamla..hehe.Ops,lupa lak nak cakap,mak sedara aku Pensyarah,jadi membebel tue dah memang kerja tetap diala dan melihat orang yang dah bergraduasi tanam anggur lak memangla pantang larang dia.

Tapi dah memang rezeki aku kot,adala sorang Professor nie nak pakai Research Assistant,dia call aku suh datang jumpa dia.Konon2nya interviewla..Aku pun apa lg,dress up tahap mak datin,susun sijil baikkk punya,pergila jumpa dia..Sekali,dia xnengok pun sijil aku,dia terus bagi kerja kat aku lepas tanya aku berminat tak dalam Dual Training System (DTS).Aku dalam kepala jenuhla pikir, apa kebendanyala DTS tue,nak ngaku xtau,takut lak dia xnk trima aku kerja,nk blagak pandai tahu,kang dia tanya aku lak,lgla naya..ADUSSS..Dalam aku dok terkebil2 antara nak jwn dgn xjwb,dia hulur satu fail yg sama tebal dengan Oxford Dictionary aku.Dia kata,amik nie dan balik study.2 hari lagi dtg, dan dia akan bg kerja untuk aku buat.

Berbekalkan semangat yg berkobar2 (selepas kena bebel ngan mak sedara aku sbb aku komplen fail yang tebal 2) aku pun blk study ala kadar fail yang tebal tuh.Tertidor gakla atas fail tue sebelum aku btol2 phm apa DTS 2.Nak aku crita DTS tue apa?ha...tau xpe..

Selama 2 bulan gakla aku bergelumang dgn DTS dan aku berjayala tolong Prof 2 dgn jayanya.Aku kdg2 terpk,sbb niela org leh tukar2 bidang cm2 je kan..Bila aku risik2 (hehe) rupa2nya Prof 2 dulu asalnya orang CIVIL cam aku,tp skang dia sangkut dengan Technical Education,sbb tue dia wat research pasal DTS tuh..hmm...Dia ada gak offer aku untuk join team dia,tp aku masih setia pada CIVIL,aku ngan sopan santunnya tolak offer dia dan smpai skang aku sgt berterima kasih kepada Prof.

Lepas 2 bulan aku kerja sbg RA,aku decide nak blk kampung je.Kerja ngan bapak aku lak,tp bapak aku ngan selambanya reject permohonan aku.Aku kecewa abis masa 2.Tapi,rupa2nya Allah nak bg kerja len kt aku.Aku dpt offer kerja sbg tutor kat Universiti yang sama dengan mak sedara aku.Aku mula2 xnak pergi sbb aku kan nak jd Engineer,pehal lak aku nak trima offer jd tutor kan..Tp lepas kena sound beknya ngan bapak aku,aku pun pasrahla..Lgpun,xde gunanya aku kerja engineer kalau mak bapak aku xrestu kerja aku.Xnakla aku jd tanggang.Xcium bau syurga ti aku..

Bermula la idup aku sebagai tutor...sampaila hari nie.Bila pk2 blk,mmg ada hikmahnya ikut nasihat mak bapak nie.Satu,xdela mak bapak korang nk bising2 kalau korang komplen yang kerja korang teruk kan..siap bg nasihat,siap nak tlg lg kalau ada apa2 masalah..kan ke best cm2..Dua,korang ada sgt byk waktu untuk diri korang..malam2 dh xpayah bawak blk kerja dah..siapkan jek kerja masa opis hour,pas2 blk dah leh membuta..cm aku yg bujang nie lgla best..malas masak,meggi pn jadi..xpn hulur duit kat pakcik kt simpang jln 2,dia masakkn apa yg korng nk..best kn?Pressure?Tipula kalau aku kata xde.Mana ada kerja yang xde pressure.Tapi,pada aku still manageable la kan..Paling stress pun,aku balik kerja awal,tutup tepon,pas2 aku kurungkan diri dalam bilik..membuta..huhu..Pagi esoknya,berhadapan hari baru dengan semangat yang berkobar2 (chewah!!)

All in all life aku skang dah cm teratur sketla.Berjadual kata org.Takla cm masa student dlu,serabainya Ya Allah.Syukur juga lak,aku menganggur cuma untuk 2 bulan jek sebelum dpt kerja.Ada kwn2 aku yang samapai skang pun masih bertukar2 kerja.Jadi,btolla..sgt2 bersyukur.Alhamdulillah....Skang nie,disebabkan aku nie tutor jek,aku nk kena g sambung blaja.Setelah perang sana sini,InsyaAllah bulan 12 nie aku akan g sambung blaja kt USM.Bermulala semula idup ku sebagai seorg student.Xsabar sgt,sbb aku dah mula merindui saat aku jd student dulu walaupun aku baru jek kerja (xsampai sethn)..So,All the best 2 me..hehe