Sunday, 31 October 2010

Kerja Selepas Bergraduan (Chewah!!)

Masa masih belajar kt Universiti dulu,memang tabiat akula,berangan-angan nak jadi Engineer. Sama mcm yang slalu tengok dalam slot drama Samarinda kat TV3 tue. Bawak kereta besar,pakai topi putih pegi site.Pergh..memang gempakla..Bila sampai site jek,menonong orang datang sambut kita (macam YB turun padang melawat kawasan). Tapi once dah grad,bila minta kerja semua kriteria dalam iklan permohonan 'Pengalaman: Min 3tahun bekerja/5tahun bla..bla..Jadi,macam mana dengan kami yang baru nak cari pengalaman nie?Adoyai...

Last2..menganggur jela..duduk rumah,makan,tido,makan,tido..Last2 kena bebel dengan mak saudara aku. Diam-diam dia hantar CV/Resume aku kat HR tempat kerja dia. Dia kata kalau untung batu timbul kalau untung aku,tenggelamla..hehe.Ops,lupa lak nak cakap,mak sedara aku Pensyarah,jadi membebel tue dah memang kerja tetap diala dan melihat orang yang dah bergraduasi tanam anggur lak memangla pantang larang dia.

Tapi dah memang rezeki aku kot,adala sorang Professor nie nak pakai Research Assistant,dia call aku suh datang jumpa dia.Konon2nya interviewla..Aku pun apa lg,dress up tahap mak datin,susun sijil baikkk punya,pergila jumpa dia..Sekali,dia xnengok pun sijil aku,dia terus bagi kerja kat aku lepas tanya aku berminat tak dalam Dual Training System (DTS).Aku dalam kepala jenuhla pikir, apa kebendanyala DTS tue,nak ngaku xtau,takut lak dia xnk trima aku kerja,nk blagak pandai tahu,kang dia tanya aku lak,lgla naya..ADUSSS..Dalam aku dok terkebil2 antara nak jwn dgn xjwb,dia hulur satu fail yg sama tebal dengan Oxford Dictionary aku.Dia kata,amik nie dan balik study.2 hari lagi dtg, dan dia akan bg kerja untuk aku buat.

Berbekalkan semangat yg berkobar2 (selepas kena bebel ngan mak sedara aku sbb aku komplen fail yang tebal 2) aku pun blk study ala kadar fail yang tebal tuh.Tertidor gakla atas fail tue sebelum aku btol2 phm apa DTS 2.Nak aku crita DTS tue apa?ha...tau xpe..

Selama 2 bulan gakla aku bergelumang dgn DTS dan aku berjayala tolong Prof 2 dgn jayanya.Aku kdg2 terpk,sbb niela org leh tukar2 bidang cm2 je kan..Bila aku risik2 (hehe) rupa2nya Prof 2 dulu asalnya orang CIVIL cam aku,tp skang dia sangkut dengan Technical Education,sbb tue dia wat research pasal DTS tuh..hmm...Dia ada gak offer aku untuk join team dia,tp aku masih setia pada CIVIL,aku ngan sopan santunnya tolak offer dia dan smpai skang aku sgt berterima kasih kepada Prof.

Lepas 2 bulan aku kerja sbg RA,aku decide nak blk kampung je.Kerja ngan bapak aku lak,tp bapak aku ngan selambanya reject permohonan aku.Aku kecewa abis masa 2.Tapi,rupa2nya Allah nak bg kerja len kt aku.Aku dpt offer kerja sbg tutor kat Universiti yang sama dengan mak sedara aku.Aku mula2 xnak pergi sbb aku kan nak jd Engineer,pehal lak aku nak trima offer jd tutor kan..Tp lepas kena sound beknya ngan bapak aku,aku pun pasrahla..Lgpun,xde gunanya aku kerja engineer kalau mak bapak aku xrestu kerja aku.Xnakla aku jd tanggang.Xcium bau syurga ti aku..

Bermula la idup aku sebagai tutor...sampaila hari nie.Bila pk2 blk,mmg ada hikmahnya ikut nasihat mak bapak nie.Satu,xdela mak bapak korang nk bising2 kalau korang komplen yang kerja korang teruk kan..siap bg nasihat,siap nak tlg lg kalau ada apa2 masalah..kan ke best cm2..Dua,korang ada sgt byk waktu untuk diri korang..malam2 dh xpayah bawak blk kerja dah..siapkan jek kerja masa opis hour,pas2 blk dah leh membuta..cm aku yg bujang nie lgla best..malas masak,meggi pn jadi..xpn hulur duit kat pakcik kt simpang jln 2,dia masakkn apa yg korng nk..best kn?Pressure?Tipula kalau aku kata xde.Mana ada kerja yang xde pressure.Tapi,pada aku still manageable la kan..Paling stress pun,aku balik kerja awal,tutup tepon,pas2 aku kurungkan diri dalam bilik..membuta..huhu..Pagi esoknya,berhadapan hari baru dengan semangat yang berkobar2 (chewah!!)

All in all life aku skang dah cm teratur sketla.Berjadual kata org.Takla cm masa student dlu,serabainya Ya Allah.Syukur juga lak,aku menganggur cuma untuk 2 bulan jek sebelum dpt kerja.Ada kwn2 aku yang samapai skang pun masih bertukar2 kerja.Jadi,btolla..sgt2 bersyukur.Alhamdulillah....Skang nie,disebabkan aku nie tutor jek,aku nk kena g sambung blaja.Setelah perang sana sini,InsyaAllah bulan 12 nie aku akan g sambung blaja kt USM.Bermulala semula idup ku sebagai seorg student.Xsabar sgt,sbb aku dah mula merindui saat aku jd student dulu walaupun aku baru jek kerja (xsampai sethn)..So,All the best 2 me..hehe

No comments:

Post a Comment