Tuesday, 10 May 2011

I seriously need A vacation!!

Ha..cantik tk? Tempat nie kat North Yorkshire kat UK. Aku xpenah pegi pun lagi. Just tingin je nak pg. Paling jauh aku penah pg pun, Singapura je. Tue pun 2 thn lepas. Lepas je tue, aku dah start bekerja. Walaupun aku kerja xsesibuk mana, tapi 2 la, xjalan2 mana pun.

Aku dah blaja, masuk bulan nie, hmm..dekat 4 bulan setengah la. Aku stat January, skang dah May kan. Lebey kurangla. Mula-mula,mmgla excited sgt. Tapi skang nie, hanya Tuhan je yang tau, penat,stress, suma ada. Tapi xsela smpai nak give up kan. Tapi kdg2 terpikirla nak pergi bercuti, tapi nak pegi ngan sapa kan? Alahai..

Aku nie jenis yang suka pergi jejaln. Sejak bila 2 aku xtau la. Tapi family aku family biness, jadi xde masa nak pg jejln sgt. Dari kakak aku yang sulung sampaila adik aku yang bongsu, suma sbuk je memanjang. Aku plak, bukan xsbuk, sbuk jugala, tapi aku mmg jenis yg xleh nak fokus lama2 dlm wat 1 kerja 2. Aku cepat bosan, last2, aku tingglkan gak. Sebagai contoh, skang nie aku jadikan rutin migguan aku sebagai pg window shopping setiap ujung mggu kalau aku xblk kampung. Dah habis dah suma shopping complex kat Penang nie aku ukur. Hehe. Hebat kan. Yea, saya tau, saya window shopping je, bukan shopping. Kalau shopping, duit gaji den xcukopla..Huhu.

Tapi aku sgt berhasrat nak pegi jejln yang jauh dr Penang dan kalau boleh jauh dari Malaysia. Mana tmpt yg paling jauh dr Malaysia. Sesapa tlg jwb kan..Saya xtau nie. Tapi saya nak pergi. Aku jadikan habit, kalau pergi kedai buku, aku akan belek travel guide, chewahh.. Xsalahkan pasang angan2. Aku ingat nak kumpul duit byk2 (aku dah stat menabung tau), aku nak pergi bercuti. Aku nak pergi Mekah dulu, aim aku, nak pergi Mekah sebelum umur aku 35 thn. Aku ada lebeu kurang 9 tahun lg sebelum umur tue tiba, jadi,InsyaAllah, boleh kot kalau nak pergi.

Pas je pergi Mekah, akan aku jelajah seantero dunia. Aku penah terdengar satu pepatah, ke kata2 ntah, xigt, if u never travel, u just at the same page of the book. Jadi, aku xnakla just kat page acknowledgment je, nak gak aku tau ending ceritanya macam mana kan. Jadi, lads, let go travelling!!!

Wednesday, 23 March 2011

Happy Birthday!!!

Aik??Besday sapa??Aku ke??
Hehe..Bukanla,not my besday,but my Encik Boyfriendla..Mine is on May okay..
Actually, besday dia semlm,tp hari nie baru aku berkesempatan untuk post entry nie.So,kepada Encik Boyfriend, HEPI BESDAY to you. Semoga dimurahkan rezeki dan gembira selalu. Okay. Cukup..hehe

Terlanjur citer pasal besday nie, org nie kan,mcm2 cara dorng nak smbt besday nie kan.Ada yg habiskan masa ngan family (which is goodla kan),ada yg pg clubbing dari pg smpai malam,ada yg spend time ngan the love one dan ada yg xwat pape,just biarkan hari 2 berlalu cm2 je..hmm..boleh ke mcm 2?

Aku lak lebey suka kalau aku spend my besday with my family n my love la kan..but since his very busy lately, aku takla mengharapkan besday yang grand ke apa ke dr dia,yg simple2 pun dah okayla..hehe..

So, kepada yg sambut besday..

A VERY HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF YOU..

Wednesday, 16 March 2011

Jelous

Hari nie something happen to me..chewah..ckp omputih lak.Tp seriously,memang sesuatu telah berlaku kat aku. Masa aku tgh browse Facebook, (bunyi mcm aku ada byk masa terluang kan,tp sebenarnya tak,aku sbuk sgt blaja skang nie) aku terbaca satu komen dari rakan seperjuangan aku la..Kami xdela rapat,tp still aku kenal la dia sapa kan. Dia letakkan gambar dia pergi sambung blaja kat oversea. Best kan kalau aku kat tempt dia, 2la kata hati kecik aku. Tapi aku sambung kat local University, Alhamdulillah, aku still boleh terima, tapi aku just tanamkan azam dalam diri aku untuk tidak berputus asa. Kalau aku xdpt pergi hari nie, esok2 aku mesti pergi.

Kalau aku xleh pergi belajar, aku nak pergi untuk conference,seminar paling cikai pun aku nak pergi untuk jejln. Ha..okay kan..xpun aku nak pergi untuk honeymoon (malu...^__^). Tapi, pape pun tahniahla kepada sahabat aku tue sebab dia berjaya pergi sambung belajar kat University of Auckland. Tahniah kepada anda.

Okay benda yang kedua. Nie mmg kes parah nie. Berlaku pada aku semlm. Aku dah bgtau belum yang aku nie single but not available? Hehe..Okay Encik Boyfriend kebetulan satu Universiti ngan aku (kebetulan ke?)Dia selalunya, petang2 bila dah cam waktu ngantuk2 dia akan text aku. Paling tidak pun dia akan tanya,'awak okay?'. Tapi petang semlm dia xtext. Aku selambala,tidak plak rasa nak tanya, bukan apa aku takutla di asibuk, tgh bend bar ke kat Lab tue, xkan ada masa nak text aku kan. Bila aku nak g solat (surau dekat je ngan bilik dia) aku nampak kasut pompuan kt depan bilik dia (jeng,jeng). Hati aku dah xkeruan. Masa 2 nak aja aku serang bilik dia, nak tengok pompuan mana (cam drama lak,tp aku mmg suka tgk drama kan,jadi xdptla..).Tapi aku sabarkan diri aku. Jap lg aku akan tanya dia,skang nie aku g solat dulu,kata hati kecilku.

Lepas solat,aku saja je nak berlama2 kat dalam surau tue,tenangkan diri. Aku langkah je keluar dari surau, aku dah nampak Encik Boyfriend kuar dari surau lelaki. Dia senyum dan lambai kat aku,mcm xde pape yg berlaku. Aku tunggu je dia dekat ngan aku untuk aku tanya dia. Tapi,belum sempat pun aku buka mulut, dia dah citer,rupa2nya orang tue health coach dia. Hehe..sib baik aku tak wat drama kan,kalau tak buat malu je. Masa dia tgh citer,aku senyum jela, pastue dia tanya,'Kenapa awak senyum?'Aku jawabla,'Xde pape.Saja'Hehe..Dalam hati aku hanya tuhan je yang tau bertapa aku bersyukur yang aku tak ikutkan hati aku nie.

Moral of the story.
1) Jeles mmg boleh,tapi biarla bertempat kan.Jangan nak ikutkan perasaan je.Apa,ingat orang lain xde perasaan?
2) Kalau jeles dalam perkara baik, bagusla. Jadikan benda tue sebagai benchmark ke trademark eh?papela untuk kejayaan kita satu hari nnt.
3) Pada kaum Hawa yang skala jelesnya pada peringkat yang tinngi, bawa2la bertanya dulu sebelum serang. Akibat yang sgt memalukan akan menimpa diri anda kalau anda tidak berwaspada.

Sekianla..

Tuesday, 15 March 2011

Love is SWEET...=)

L.O.V.E
Pada korang apa maksud perkataan nie?Kita leh tafsirkan sebgai macam2 kan..kalau dlm bahasa Melayu,LOVE tue kita leh terjemahkan sebagai kasih sayang,cinta,suka,sayang dan macam2 lagila.Korang pun ada kan kamus BI-BM kan.Cikgu korang suruh belikan.Sama macam aku kan..

Walau apa pun yang korang tafsirkan, tapi kat cni aku nak ceritakan CINTA pada yang satu. Cinta pada Pencipta kita. Kita selalu lupa kan pada Dia yang ciptakan kita. Cinta kita sesama manusia lebeh tinggi dari cinta kita pada Pencipta kita. Percaya tak? Cinta manusia xkekal.Percayala pada cakap aku nie. Sedangkan mak pun boleh buang anak, suami isteri boleh bercerai, abang boleh bunuh adik, semua tue cinta manusia,kasih sayang manusia. Tapi kalau kita cintakan Allah sepenuh hati kita,yakin dengan Dia, macam2 dia boleh bagi kat kita. Dia xdpt bagi kat dunia, dia akan bagi kat akhirat sana. Memang xrugi cintakan Dia.

Kadang2 bila kita minta sesuatu dengan Dia, dan bila Dia xbagi,mulala kita nak marah2 kan. Tapi kita silap sebenarnya (dan aku pun kadang2 terlupa). Kadang2 apa yang kita minta tue bukanla yang terbaik untuk kita. Then, Dia bagila yang lain. Sekali kita marah, salahkan nasib badan yang malang. Tapi, hikmah disebalik yang kita xdpt tue Subhanallah, Maha Besar. Sedar atau tidak, satu hari nanti kita akan toleh belakang dan kata, 'aah kan..nasib baik aku xdpt mcm2'. Ha..masa tue bersyukur yang teramat. Sujud syukurla kalian. Tapi mmgla xdpt nak dinafikan, bila namanya manusia, kita mudah alpa, mudah terikut, nak2 yg imannya senipis kulit bawang nie kan. Sedikit demi sedikit, perlahan-lahan, kita kena belajar menerima ketentuan Allah. Betul kita xtau yang mana satu yang terbaik untuk diri kita, tapi Dia kan tau, jadi kita mintala pada Dia, minta petunjuk pada Dia supaya Dia kurniakan yang terbaik buat kita. Bila dia bagi satu ujian, jangan mudah kalah, terima dengan hati terbuka, sabar dan berdoa semoga dipermudahkan urusan kita, InsyaAllah, dihujung jalan orang yang sabar tue, ada sinar yang sangat terang.

Aku penah tanya Abah aku, kalau kita mengharapkan sesuatu, pastue kita xdpt boleh tak kalau kita nak bersedih. Adakah itu dikira sebagai tak mensyukuri? Abah aku kata tak. Lumrah manusia dia akan sedih, beremosi sbb tak dpt apa yang kita nak. Tapi sekadar itu sahajala. Sedih sekejap dan kemudian bangkit blk untuk teruskan kehidupan. Terima ketentuan dan yakin inilah jalan yang Allah nak kita lalui, bukan jalan yang satu lagi tue. Bukan sebaliknya, setiap hari meratap, bersedey siap pergi jumpa bomoh nak mandi bunga, buang bala..hehe..klaka..setahu aku mandi bunga tue nak rilexkan badan adala.Ala mcm Spa Q tue..Sedey xsalah, tapi janji kita tau limitnya.

Panjang lebar lak aku melalut kan. Jumaat lepas kita digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Siap ada letupan reaktor nuklear lagi. Subhanallah. Mari kita doa semoga Allah jauhkan kita dari malapetaka yang dahsyat. Dan al-Fatihah kepada saudara seislam kita yang mungkin terkorban. Aku ada ramai gak rakan2 kat Jepun tue, setakat nie aku dapat tau yg dorng masih lagi dalam keadaan selamat tapi masih membimbangkan sbb masih terdapat gegaran susulan. Pada rakyat Malaysia kat Jepun, aku harap kerajaan Malaysia akan berbuat sesuatu agar kalian boleh pulang ke Malaysia. Takut gak kalau kalian terdedah dgn radiasi. Nauzubillah..

Pada kita yang kat Malaysia nie, kalau leh bantu, jomla kita hulurkan bantuan pada mereka. Krisis yang melanda dorg adalah antara yang terburuk yang penah berlaku kat Jepun. Dan radiasi nie boleh bergerak yea. Jangan korang ingat korang xde kat Jepun korang tak terdedah kepada bahaya radiasi. Ha...radiasi boleh bergerak mengikut arah tiupan angin, cuma teruk ngan xteruk jek yang bezakan. Jadi, jangan nak bersuka ria plak sbb kita xkena. Jadi,sama2la kita doa semoga dijauhkan dari bahaya ini. Aminn...

Monday, 27 December 2010

Sambung Blaja...

Selepas hampir sethn aku ke hulu ke hilir dengan satu tujuan yang aku rasa sgt murni..akhirnya aku dapat surat yang mengatakan aku berjaya sambung belajar ke preingkat Ph.D dan ditaja sepenuhnya oleh KPT.Syukur Alhamdulillah..Usaha aku selama nie xsia2la nampaknya.Tapi ranjau dan duri yang terpaksa aku hadapi sgtla byk,it's almost a wonder how i made it..hehe..

Secara rasminya esok (29hb Dec 2010) bermula hidup aku sbg pelajar semula.Aku berazam dan bertekad akan aku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.Aku xsbr nak balik jumpa  mak ngan abah aku.Berita gembira nie aku just kongsikan dgn panggilan telefon jek,aku lum lg tgk muka 'live' dorg tp aku yakin,dorg sgt gembira.

Jadi,dikesempatan nie aku nak ucapkan terima kasih yang xterhingga pada mak abah,adik beradik aku,mak sedara aku dan keluarga dia,kwn2,dan rakan sekerja aku yang sokong atau kritik aku selama aku terkial2 nak dapatkan tmpt dan peluang untuk sambung belajar nie. Doakanla kejayaan aku.Dan doakan juga aku xlupa diri bila aku dah berjaya.Aku nak blk dan berbakti kepada umat Islam.InsyaAllah.

Aku tau ada yg xsenang dgn peluang yg aku dpt,dan aku minta maaf kalau aku menyinggung mana-mana pihak,tp tolongla percya kepada rezeki.Dunia ini adil,hari nie hari kita,esok hari org plak.Apa salahnya,kegembiraan org hari nie kita kingsi.Entah2 esok2 kegembiraan kita plak ada yg nak kongsi bersama.Btol tk?

Anyway..kepada yang seangkatan dgn aku,xkira korg smbg kt mana..SELAMAT BERJAYA kay..=)

Monday, 29 November 2010

Wedding Bell Ringing Everywhere....

 Tingin aku nk pkai cmnie....


Bulan November dan Disember a.k.a cuti sekolah memangla byk jemputan kenduri. Dari kenduri kawen sampaila kenduri sunat sumanya nak wat time cuti sekolah.Aku,dapat tersgtla byk kad jemputan kawen..Rata2 membe sekolah dan membe universiti sbb suma dah capai umur yang mmg kalau xkawen org dah mula nk mengata..

Aku anak second,akak dan adik bwh aku lak dah kawen.Mmgla jadi bahan sedara mara aku bila blk kampung.Suma asik tanya aku bila nak kawen.Yang lebih dahsyat,sampai senaraikan calon untuk aku kalau2 aku nie xde calon lg..haish..aku dah jadi takut nk blk kampung skang nie..Dulu,time aku masih blaja,bolehla aku bg alasan,"saya budak baru belajar,xleh kawen lg,mak marah.."Skang nie,alasan 2 dah xleh pkai lg dah sbb aku dah kerja.Mmg aku nk sambg blaja,tp belambak jek org sambung Postgrad yg dah bwk anak berderet..Jdnya,aku kekeringan alasan untuk diberikan bila org tanya aku bila nak kawen..Last2,aku amik pendekatan,senyum dan layankan jek apa yg org ckp..'No komen' silent mode aku panggil...

Mujurnya, mak ngan bapak aku steady jek...xtanya2 sangat anak dorg yang sorg nie.Dah ada calon ke belum pun dorg xpenah tanya.Siap warningkan aku yg dorg xkan crikan calon untuk aku."Angah yang nak kawen,Angah cari sendrik",mak aku punya ayat..cantik jek...

Tipula kalau aku ckp aku xnk kawen..Rugi ooo kalau xkawen.Just aku ada benda nk wat dlu sebelum kawen.Aku nak settlekan beberapa benda yang aku rasa perlu disettlekan sebelum aku jd isteri org..Skang nie benda tue tinggal xsampai 40% untuk selesai.Aku rasa dalam 2,3 thn lg,aku kawenla.InsyaAllah...Sila doakan saya ye..

Ujung mggu hari tue,aku g KL,umah adik aku.Adik aku nie dah dkt 4thn gak kawen.Dia langkah bendul,aku dan akak aku masa dia kawen thn 2006 hari tue..skang nie dah ada anak 2.Jeles gak aku kdg2 tgk dia.Umur muda sethnn jek dr aku,Umah dah ada,keta pun dah ada,anak pun dah ada..Sorang laki,sorg pompuan..Aku nie,baru terkial2 nk mulakan idup..*sigh..Tp aku pasti,ada hikmah disebaliknya..(chewah!!sgt positive kamu,sy suka)

Jadi kepada kwn2 dan sedara-mara yang menjemput aku ke walimah korg..terima kasih byk2 dan aku doakan korg bahagia dunia dan akhirat serta beroleh keberkatan dariNya,dan kalau aku xleh hadir ke walimah korg,maafkanla aku..Byk sgt ha..sehari smpai 3,kalau dkt xpela jugak,ini..alahai,utara selatan..mcm mana aku nk pg kn..

All in all..TAHNIAH SEMUA!!!

Tuesday, 9 November 2010

Tumpang..Menumpang..Ditumpang

Korang penah idup menumpang orang tak?Kalau setakat sehari dua tue,aku xrasa akan menimbulkan permasalahanla kan..kalau dalam Islam pun,tetamu dirai selama 3 hari,kalau lebih dari 3 hari,kita dibolehkan minta bayaran dari tetamu berkenaan.Betul tak?Apa?xtau?Tanya Ustazah/Ustaz korangla..Xpn g sambung ngaji balik..

Okay,berbalik pada soalan tadi.Jawapan aku,aku penah.Sethn lebey aku duduk ngan org.Tapi,bukan org lain pn,sedara aku gak.Dan bkn sedara jauh,sedara yg rapatla.Banyakla yg aku blaja bila duduk ngan orang nie.Susah sebenarnya nak jaga hati suma org kan.Tapi yg plg penting,kita kena bertolak ansurla.Kalau kita duduk ngan kwn2 kita masih bleh berlebey kurang sebab,nama pun membe kan.Tp bila stay ngan sedara nie,kita kena lebey berhati-hati,baik dari segi perbuatan mahupun perkataan.Macam yg org kata,pijak semut pn xmati.Ha..tp masalahnya,sapa plak nak jaga hati kita?

Aku sgt berterima kasih pada sedara aku sbb dia sanggup jaga aku sepanjang aku stay dgn dia.Walaupun adakalanya aku terasa atau sgt sakit hati sampai tahap xleh handle,tp aku syukurla sekurang-kurangnya aku xyah nk merempat kt negeri org kn..Masa aku start kerja,aku xpikir kt mana ank nk stay sbb dia ada.Tapi dia pun ada family,xkn aku nk kacau daun untuk seumur hidup dia kan?Half of her life is wasted by being with me?Boleh ke mcm 2?Mestila tak kn..Terima Kasih byk2.Beside,dia ajar aku byk benda mengenai life.Im very thankful to her.Really do.Dan sudah pastinya aku pun ada wat hal yg menyakitkan hati dia.Jadi aku jugak nk minta maaf kt dia.Kadang2 mulut aku nie xde insuran gak,men aci fire sesedap rasa jek.Hehe..

Based on pengalaman aku,aku xnak dh kalau boleh tumpang org.Kalau setakat sehari dua,aku rasa boleh lg la..Tapi kalau dah tahap setahn dua tue,aku kena pk blkla..=)

Ha..cmna lak rasanya kalau aku tumpangkan org?Hmm..mgkn perkara yg sama kot.Cuma skang the act is reversed..kn?